Saturday, July 28, 2012

Sophie Si Ulat Buku

Dah mamanya ulat buku, anak pun mestilah ulat buku juga. Mama high five dengan sophie!!  Bila Sophie chose her book and from afar came to me tersenyum-senyum nak suruh saya bacakan, hati saya berbunga-bunga dan terus memulakan pengembaran ke dunia fantasi buku bersama Sophie dan di saat ini, rasa effort saya mendidik anak mencintai buku sangat berbaloi.  Tapi adakalanya, saya tak dapat memenuhi kehendak Sophie bila bertalu-talu dia minta saya bacakan untuknya..Sophie faham bila saya beritahu that's all for today, dia tak push saya lagi tetapi membuka bukunya sendiri dan membaca lah dia dengan bahasa babynya! Sophie pernah nampak saya sedang leka membaca novel di sisinya, yang ketika itu Sophie sedang bermain dengan piano Hello Kitty nya. Lantas dia mengambil sebuah buku dan duduk semula di sebelah saya dan membaca buku dia sendiri sambil toleh ke arah saya dan tersenyum. Hmmm, peri lakunya macam budak dah besar, terus saya peluk Sophie dan cium kuat-kuat sehingga Sophie ketawa dan meronta-ronta dan keluar dari pelukan saya. 
Sophie bila memaca buku mengambil masa yang agak lama. Di belek-belek setiap sudut dan arah yang berbeza. Gambar di atas ini Sophie baca buku secara terbalik!
Tadi arah melintang dan terbalik, ini arah menegak..But still macam pelik!
Great! Setiap sudut dan arah dah bertukar dan akhirnya Sophie dapat baca buku dengan betul (tak terbalik dah). Bukan sahaja buku tu berputar, Sophie sendiri pun berputar sana sini dengan kedudukan membaca yang berlainan. Mama ni perlu sentiasa awasi Sophie, jangan baca buku sampai tergolek nak! Hihi! Sophie sedang membaca picture books ilustrasi Allison Jay.

 Dengan Papa pun Sophie selalu suruh bacakan buku. Baguslah Sophie, nanti pandai cakap bolehlah Sophie minta Papa belikan buku banyaaak banyaaak ye. Mama pun boleh tumpang sekaki..Hehe!
Dah cerite pasal anak nye reading habit, now nak sharing cerita my Billies yang sangat ku sayangi. 2 buah Billy yang di beli di Ikea,di assembled oleh suami tercinta dan kemudian di susun dengan buku-buku yang saya treasured now and forever. Ini adalah sebahagian koleksi buku saya, ada lagi di rumah mak tersayang di PJ yang belum di pindahkan. Selain books, ada macam-macam stuff lagi yang di letakkan kat Billy ni seperti My Little Pony, Blythe, light bulb, umbrella, uchiwa dan macam-macam lagi lah random stuff yang lain...Sohpie's picture books pun saya display di sini. Saya tak letakkan book shelves di bilik Sophie sebab saya sudah create ruang membaca dan kesemua buku saya display di Billy ini. Bila ada masa nanti, saya nak display buku by category, tak pun by colors..Pernah saya browse flickr dan tumblr yang memaparkan deco ruang membaca atau library dengan shelves yang disusun megikut skema warna, menarik dan macam rainbow..teramat lah cantik!!!

Juadah berbuka puasa untuk hari ke7, nasi beriyani lauk rendang daging, kentang yang di grill dengan daun kari dan garlic, popadom dan custard pudding untuk dessert, Alhamdulillah. Semuga berjumpa lagi..Ja neh!

3 comments:

J u l i a 。.゜✿ said...

Oh dira... bookshelves dira bestnyaaa ! banyak buku !
dirumah ju pun banyak buku juga, tapikan... buku - buku lama.
dari zaman ju kecik dulu. dira mesti tau britanica encyclopedia kan ?
lepas tu ada buku snoopy lah.. ada children encyclopedia lah.
ju tak buang. still simpan. mana tau seksok hafiy boleh guna..

blythe ! mlp !
rindunya nak main dengan blythe.
mlp ju pun still nrfb. sayang nak buka. takut fruity smell dorang tu hilang =P
bila ju nak ada anak perempuan niiiii. hahaha..

sophie ni mesti bijak seksok. rajin membaca.
first ju baca title entry dira ni, dalam hati ju dah kata,"mestilah macam mamanya juga !"

=)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

gud dira ajar sophie belajar suka kan hon/book since kecil...nnt dah habit g mana mesti bawa book.

p/s::check ur email....@.@

happyichigo♥ said...

hello julia darling..
buku lama lah yang berharga dear..oh britanica encyclopedia dira pun ada ju! kaler maroon kan...tapi ada di rumah mak dira sebab rumah mak bookshelves antique, sesuai lah letak buku yang agak antique juga. buku2 msa dira kana2 pun masih di rumah mak...bila balik baru dira keluarkan untuk sophie!

insyaAllah sophie jadi cerdik pandai, amiiiin!