Saturday, July 28, 2012

Jadual Puasa 2012 dan ape-ape bende pun jadi crayon

Hello lovelies, how's your weekend? Bulan puasa ni, saya rasa penat sikit. Saya tak duduk di rumah sendiri sepanjang Ramadhan, saya tumpang rumah mak tersayang. Pada kebiasaannya, saya kelaur dari rumah pukul 6.30 untuk hantar Sophie ke rumah nenek tetapi sekarang tak perlu hantar, terus kami tinggal di rumah nenek Sophie. Nak ulang alik dari OUG ke Kelana Jaya pastu ke KLCC, bile balik dari kerja turun Kelana Jaya dan terus ke OUG..Hmmm, penat sangat! Saya hanya pulang ke OUG masa weekend sahaja. Lega bila schedule dah berubah macam ini. Tetapi setiap decision ada pro et contra nya. Saya sedih sangat ni, tanaman di balcony saya semua dah layu. 5 hari saya tak siram pokok, mestilah layu. Hanya cactus sahaja yang   masih segar. Maafkan diri ini pokok-pokok. Lepas puasa pula rumah saya kena buat renovation. Bahagian balcony ade leaking air ke bawah, kesian neighbour bawah rumah saya kerana ada masalah electricity di sebabkan leaking ni. Saya perlu stop aktiviti gardening memandangkan saya sendiri tiada di rumah untuk siram pokok dan tak lama lagi balcony berwajah baru. Hmmm, mulalah berangan nak beli bunga baru pula..
 
Photobucket
Photobucket

Ada suatu hari ni, sedang Sophie menconteng-conteng di drawing pad nya, saya pula sibuk menonton TV. Sekala sekala saya pandang Sophie dan pelik sebab makin lama dia makin jauh dari saya. Dia tetap sibuk menconteng-conteng seperti tiada apa yang berlaku. Fine, saya pun busy kan diri tengok TV, anak diam baik-baik buat aktiviti sendiri, inilah masanya saya berehat sikit. Tapi dalam masa yang sama saya perasan Sophie makin dekat ke dinding, mengesot ke sana sikit demi sikit. Curios melihat kerenah anak ini, mungkin excited lah tu menconteng sampai tak leh duduk diam satu tempat. Dan bila pandang satu kali lagi, Ya Allah Ya Rabbi anak aku dah conteng dinding daaaaah! Menjerit saya bile melihat tangan Sophie menconteng laju dekat dinding. Bila saya cakap stop, dia makin laju pula! Terus saya tarik tangan Sophie dan menangis lah dia macam lah mama cubit paha dia kot! Nasib baik guna crayon, kaler pink cair pulak tu. Saya basuh guna damp cloth, hilang dah bekas contengan Sophie ni. 

Photobucket
Photobucket

The next day, saya beli mahjong paper di stationery department di Kino. Saya tampalkan kertas mahjong di dinding lalu saya ajak Sophie conteng atas mahjong tu..Fuuuh, bukan main suka lagi dia conteng, 2 belah tangan dia gunakan, kiri satu crayon, kanan satu crayon. Sampai Sophie pernah melukis terlajak keluar dari mahjong yang saya tampal. Takpelah setakat sikit-sikit saya biarkan aje, nanti saya boleh basuh. Kalau saya sporting, saya boleh biarkan dia nak conteng dinding. Orang kata anak bermain jangan di halang, tapi bila sampai comot dinding, haaaa..tak boleh ye cayang! Mulai hari itu, Sophie pantang jumpa apa apa sahaj yang berbentuk rod, dia akan kutip dan conteng atas mahjong. Semasa sehari sebelum berpuasa, hubby bawa kami ke Nandos untuk dinner. Saya berikan Sophie french fries. Sophie ambil french fries tersebut, dia meneliti french fries nya lantas memegangnya macam pegang crayon dan conteng kat window Nandos tu. Tergelak saya melihat gelagat Sophie. Bila saya minum iced lemon tea, Sophie rampas straw dari glass dan mula menyonteng window lagi. Semua benda pun dah jadi crayon daaaah!!!


Juadah buka puasa hari ke-8, saya masak nasi tom yam berlaukkan ayam masak merah, acar dan popadom. Pertama kali saya mencuba masak nasi tomato, alhamdulillah menjadi. Resepinya saya rujuk dari blog totcupcakes manakala acar darat orang johor saya rujuk resepi dari tiffinbiru  (terima kasih buat kedua-dua blogger kerana share resepi yang senang tapi yum yum). Dessert kami hari ini ialah jeli oren dan minuman air longan. Pertama kali juga saya sediakan air sejuk untuk berbuka kerana selalunya saya sediakan teh o halia panas, sedap dan seger bile dihirup untuk berbuka. Usia dah meningkat ni, saya tak berapa minum air sejuk dah tetapi sekali sekali teringin jugak.  Sampai di sini sahaja gang, semuga berjumpa lagi next time, insyaAllah!        

1 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Hahahah so sweet semua benda jadi crayon....go Sophie, you're such a clever girl !!!!