Sunday, October 30, 2011

Poupee Halloween Event

Pink Pink Cool Blog

Weekend ni rase letih tapi berbaloi sangat2. macam2 di buat, tolong mak gardening dan masak nasi ayam. Lagi pergi wedding rakan sekolah rendah, Anis namanya..sweet aje pengantin baru ni. Oh saya nak update entry COOL BLOG! Mula2 nampak kiosk Cool Blog di Subang Parade, ketika tu nak nak cuba beli satu drink tapi time tu juga craving nak ice cream baskin robbins so lupekan dulu cool blog ni..Pelik juga apesal nama kiosk ni cool BLOG?


Pastu a few time lalu di escalator Giant kelana jaya pun nampak juga tapi sebab sibuk nak grocery shopping, lupakan juga. Weekend ni, craving sangat nak bubble milk tea..Kebetulan memang ke Giant KJ untuk belikan mamil gold sophie (sekarang promotion if purchase mail gold 3 in 1 pack dapat Budz Lotion!) so boleh lah singgah Cool Blog untuk beli bubble milk tea! Yippeee...

Walaupun ramai orang nak beli di kiosk ni, pekerja nya ramai dan cekap, mereka buat kerja dengan laju..Malah bersopan santun, bagus, saya suka! Menu dia banyaaaak sangat. Ade flavour coffee, chocolate dan local flavour  seperti abc, cendol dan cincau..Menariiiknya. But for today saya beli bubble milkshake flavour watermelon dan soursop. Yang pink watermelon tu mestilah saya punya, sedap rasa nya! Hubby suka masam2 sebab itu pilih soursop...RM3.10 each.


Kena cucuk pink straw ni once and sangat kuat2, kalau tak kuat takut meleleh air keluar! Menikmati watermelon CoolBlog in the car sambil berebut dengan sophie..Sophie tertarik dengan straw kaler pink.


Entry sweet and pink ini diakhiri dengan sophie's ruffled pink socks.. Comel kan, ruffle dia macam Japanese Girl school socks aje! Lagi ade munge2 kecik...wheee

Wednesday, October 26, 2011

Gimme a break Mama, Sophie wanna sleep!


smiling and posing

mama pleaseeee..cut it off



at last, sophie..asleep like a lamb!

Monday, October 24, 2011

Sophie the little Daruma Doll, Mama the big Daruma Doll

Anak kecil happy berlari-lari, sekelip mata..dang jatuh tergolek..! Setiap parents pasti melalui saat-saat mencemaskan begini. Saya tak terkecuali..! Angelic macamane pun Sophie Kamilah, adakala saya yang terlepas pandang, sibuk tengokkan hal lain, tiba-tiba terdengar Sophie menjerit dan nangis kesakitan. Sedang berjalan-jalan sambil pegang bucu sofa, Sophie ternampak baby gym di tepinya lantas terlupakan sofa dan terus nak pegang baby gym..buk, jatuh, landing atas lantai! Saya hanya buat assumption ini, sebab pada masa itu, saya di belakang Sophie tiba-tiba ada siri Emma's Theater di Babytv, berceritakan mengenai topi besar dari Mexico, sombrero. Menarik dan comelnya, kata hati saya. Sesaat dua sahaja mata ni tertumpu ke tv, dan dikejutkan dengan teriakan anak. Saya menjerit "Ya Allah! Sophie..!" terus angkat Sophie dan tenteramkan Sophie. Saya usap-usap kepala Sophie,betul-betul sedih dan takut! Ya Allah selamatkanlah anakku..Bila Sophie ok sikit, tangisan pun slow, saya beri susu dan tidurkan Sophie. Masa Sophie tidur, barulah saya nangis beriya-iya, kesihan melihat Sophie sakit. Macam mana Sophie jatuh, saya tak pasti 100% tapi bila saya bayangkan macamana, saya menangis berulang kali dan salahkan diri sendiri. Maafkan Mama Sophie, sorry sayang sorrryyyyy....Saya whisper di telinga Sophie dan usap Sophie. Bila Sophie terjaga, sophie sengeh tengok mama dia. Mesti Sophie dah lupa tadi SOphie jatuh. Apelagi, deras air mata saya melihat Sophie yang innocent ni tersenyum..Maafkan mama sayaaang! Mengangis lagi dan lagi...Kejadian ini terjadi sebelum birthday Sophie. Adakala saya akan teringat peristiwa ini, saya akan geleng-geleng kepala dan berdoa Ya Allah lindungilah anakku..Jangan lah Sophie jatuh lagi!

Malam tadi, Sophie jatuh lagi....! Kali ini saya bawa Sophie ke hospital sebab terlalu risau...Benjol di dahi Sophie besar pada malamnya tapi pagi nya benjol dah kurang. Doktor senyum sahaja bila saya menceritakan apa yang jadi. Doktor pegang dahi Sophie dan kemudian beri sophie torchlight kecilnya. Sophie terus grab.. Doktor beri lagi kayu ais krim nya (tak tahu apa panggilnya tapi kayu ni buat jolok masuk mulut), Sophie grabs and terus ambil buat main..Doktor kata anak kecil memang macam ni..Anak sesiapa pun pernah jatuh, walhal anak doktor sendiri pun pernah jatuh. Jika muntah-muntah berpanjangan, ada bleeding dan tak lalu nak minum, barulah serious dan rawatan diperlukan. Sophie jatuh biasa sahaja...Lega hati saya bila doktor kata begitu...Saya asyik menangis dan menyalahkan diri sendiri, saya tak fikir perkara ini adalah perkara biasa....

Saya teringat mak saya dulu, semasa membesarkan kami adik-beradik pun pernah melalui fasa anak nak membesar dan bila nak membesar dan proses belajar, along the way mesti ade jatuh-jatuh. Abang saya pernah jatuh di playground, batu kecil masuk dalam dahi. Mak berkejaran ke hospital, darah mengalir laju..Saya jatuh dari buaian, dahi saya berdarah tapi tak begitu drastik seperti abang. sampai sekarang kesan luka ada di dahi saya. Adik saya pernah jatuh sampai gigi patah, mulut pecah...Bila kami dah besar, mak ceritakan macam mana kami dulu jatuh dan mak cemas, malah mak sempat marah-marah kmai sebab kami semua nakal, saya hanya ketawa sahaja tengok gelagat mak..Sekarang saya sendiri sebagai Mama, barulah saya faham perasaannya macam mana...Kesian mak, dulu tengok kami adik beradik jatuh tergolek sampai berdarah-darah...Maaf kan kami asyik merisaukan mak! Sekarang saya perlu lebih berhati-hati lagi. Harapnya no more accidents will happened, insyaAllah.

Ini adalah super daruma kitty..not only she will get up once she falls, but she is a ninja too. A ninja who will never tumble down! Sophie sayang jadi mcm tu ok! heeee....Ini koleksi kitty saya, sebenarnya ialah diperbuat dari sponge material, untuk lepas geram boleh picit-picit kitty ini! Picit macam mana pun, ia akan kembang semula. teori nya sama sahaja seperti daruma doll (yang mana bila jatuh bangun kembali) tapi kitty ni pula, bila kempis akan kembang kembali..eh ini macam mama ajeee..kembang sokmo?

Sophie the little Daruma Doll...bila jatuh, bangun kembali. Mama akan lebih berhati-hati lagi supaya Sophie tak jatuh ye sayang! Mama pula ialah big daruma doll...Bila nampak sophie jatuh, jiwa, hati dan jantung mama yang jatuh. Begitu juga air mata mama yang jatuh non-stop. Tapi mama ialah big daruma doll, walaupun fizikal tak jatuh hanya emosi sahaja jatuh, mama akan terus bangun untuk bantu sophie, comfort sophie dan doa lagi dan lagi supaya sophie selamat dan dalam lindungan Allah swt always and forever...Amiiiiin!

Sunday, October 23, 2011

Atsui Desu Neh


Neh? It is so hot and stuffy in papa's car! How lucky indeed, sweet sophie brought her matryoshka doll uchiwa! Not one but two!!


Mite! Sophie in her polkadot dress, it matches the dolls too! Keep on smiling darling!


Sunday, October 16, 2011

Big Bad Wolf sales 2011

Hello Darlings..and of course book lovers. Ahad yang indah ini, saya buat entry Big Bad Wolf Sales! Siapa yang suka bace buku mestilah berebut peluang nak ke sales ni kan? Hari pertama sales, Kinokuniya Merchandising Department ke sana nak tengok apa yang menarik, title apa yang customers beli, etc. Balik dari sales ini, terus saya bertanyakan Ummi Bear apa yang menarik di sana. Ibu kepada 3 children (yang semuanya mata cantik bulu mata melentik) semestinya banyak meluangkan masa di children section, kata buku children memaaang banyak! Tapi downside adalah, nak ke hall susah! Parking nya jauh, kena naik tram/shuttle bus untuk ke hall...Sudah lah ramai orang, nak kena beratur lagi. Pada masa itu jugak saya terus cancel plan, tak jadi ke Big Bad Wolf Sales ni! Saya bayangkan Sophie kalau ke sini macam mana? Nak bawak stroller? Babywearing (sophie dah besar tak boleh babywearing nanti sophie oooh sedih)? Papa dukung sophie and stand at the corner while mama busy searching for the bargain books? OMG, no way...So give up lah, tak nak pergi. Pastu mengadu lah kat my dear hubby, howling sedeeeey nyeeer I cant go to the big bad wolf!!!

And then nak tahu apa hubby cakap...? "Sham try pergi ok...Dira list down buku yang dira nak!" OOOOOOhh happynyeeer bile hubby tercinta offer pergi sales dan kena luangkan masa nak cari buku plak tu. Few minutes before going, time tu hubby duk kat living room, muka sedey sangat2. I asked "Nape sayang..muke sedih aje.." Hubby explained, dia risau kalau tak dapat cari buku yang sesuai for mama and sophie. Papa hates to look mama sads..Nanti beli buku ntahape2 mama sedih, pap pun sedih..terketawa saya tgk hubby. Saya dah list kan beberapa buku yang saya pasti ada kat big bad wolf sales. List includes buku classic pooh, dr seuss, peter rabbit dan little miss! Above tu picture shuttlebus/tram yang sangat saya fear kan..Hahahha...
Sophie's Books

Lama juga hubby duk cari buku kat Big Bad wolf sales ni. Dekat 2 setengah jam. Ade hubby call dan sms nak make sure buku yang dibeli tu betul! Saya ade mentioned nak Classic Pooh, hubby send picture message ada bertimbun buku POOH! Tapi yang bertimbun adalah DISNEY POOH..I want yang A A MILNE Classic POOH tapi hubby not sure ape tu..Saya cakap "Classic pooh BOGEL! Sure boleh kenal"..Hahha..Hubby pun hunting for pooh bogel tapi tak jumpe..! Takpelah, ambil satu Disney POOH! Terkejut saya hubby beli Paddington BEAR!!! Its not in the list tapi papa kata mesti sophie suka Paddington Bear, so papa belikan lah...

More Sophie's Books
Mr Men and Little Miss books, RM3 each..Buku ni cuuuute sangat!
Papa's Book.

mama's
Buku saya semua chicklit!!!! Sekarang saya addicted baca chicklit tau..Addiction ini bermula masa pantang bersalin dulu. Lepas tu tak habis2 beli buku chicklit dah! And, Nigella Christmas..saya suka penulisan Nigella yang funny, humble and straightforward. Hmmm...sebab papa bersusah payah ke sales ni, so mama nak cube masak guna resepi yang ada dalam buku ni.. Wish me luck! Ok, total semua buku2 ni adalah RM120..Memang puas hati...! Siapa kata rakyat Malaysia tak suke membace! Thank hubby tolong pergi BIG Bad Wolf and take time cari buku, saya cinte kamu..sophie sayang papa!!!

Saturday, October 15, 2011

IKEA Total Peace of Mind


Hye lovelies..Ini kali ke dua Sophie ke Ikea. Kali pertama dulu masa baru lepas pantang, kami ke IKEA beli furniture untuk rumah baru. In fact, beberapa hari sebelum deliver sophie, saya ke IKEA sebab beli barang2 untuk nursery Sophie dan sebab tak tahan nak makan kat Ikea! Kalau dulu duk pj, senang je gi Ikea, 15-20minit dah sampai. Sekarang ambil masa sikit sebab our home jauh dengan Damansara. Seee...on the way to Ikea, sophie tertidur oh my baby girl melekat kat mama niiii...


Kami breakfast dulu. Sandwich for papa, chicken wings and springrolls for mama, bun and princess cake for sophie! Oh tak lah, princess cake tu beri sikit je kepada sophie. Mama je yang makan banyak...and ofcourse coffeeeeeeeeee ..Masa single dulu tak pernah lah makan di area for kids. Now  I have my own kid, makan lah kat area ni. HEJ KIDS! wheee..

Enjoying your meal my lil miss sunshine?

Kalau cari furniture di IKEA best kan! Mula-mula belek dulu catalogue IKEA di rumah, cari idea, lihat dulu harga, angan2 nak beli lah. Di Ikea, round tengok showroom dan tengok isle mana furniture ni located. Tulis kat paper guna pensil ikea yang comel cenonet tu. Dah habis cari idea2 menarik kat showroom baru lah turun 1st floor cari furniture untuk dibeli dan dibawa pulang! Memang peace of mind! I love IKEA! Mulanya plan nak beli shelving unit. Nak letak di bilik stor, nak susun semua barang2 semua secara sistematik tapi bila buat measurement, shelves tak muat masuk papa's car. Papa kena gi next time untuk beli tanpan bawa mama, sophie dan stroller sophie..hihi. bAru boleh muat shelves tersebut. For today, we bought some toys for Sophie, baby's room decoration, storage box and kitchen utensils.


Sebelum pulang saya dan sophie gi nursery room sebab sophie dah poo poo. Lawa nursing room, sempat saya snap pictures...Ok. gtg now..Turn papa nak tengok bola kat channel sport dia, chelsea lawan apentah..mama nak tidur ngan sophie..goodbye lovelies!!

Friday, October 14, 2011

The windmill restaurant

Papa ada dinner dengan ceo dekat Hotel Concorde Shah Alam so papa hantar mama dan sophie gi makan kat The Windmill Restaurant kat plaza masalam. Restaurant ni best, macam melangkah ke zaman akhir 80an..Saya tak tahu kenapa saya ade perasaan macam tu, hahaha..Mungkin saya dapat rasakan perasaan mak saya dulu bawa saya jalan2 masa saya baby dulu. Just mommy and daugther, a very special bonding moments!


Saya order dinner set sahaja. Set ni complete ada macam2 iaitu sweet bun and butter, mushroom soup, shrimp salad, main menu, drink dan pudding. Saya ada bawakan food for sophie iaitu potato bread yang saya beli di cakesense masa kerja siangnya. Ke mana-mana kalau bawa sophie saya akan prepare bawa roti dan baby bites. Bila nampak ada sweet bun, saya senyum aje dan saya beritahu kepada sophie "sweet bun ni untuk sophie ye sayaaaang!!" Sata sangat sukakan shrimp salad, ia hanyalah 2 pieces of fresh shrimp dengan tomato and cucumber dan di 'dress'kan dengan thousand island sauce. Simple tapi sedap!

Main course ialah fish and chips. Oh fish fillet dia ada 2 pieces. Banyak lah, saya dah kekenyangan makan tau..Rasanya ok saje, sesuai dengan harga yang murah tapi dapat makan macam2..Sophie pun baik sangat teman mama makan tapi adekala tarik2 alas meja tu, ye lah kaler merah plak tu, mana lah sophie tak tarik! Waitress windmill ni pula, tiap kali hantar foods, mesti tegur sophie dan setiap kali datang ade aje puji2 yang berbeza..Paling tak tahan waitress tu kata "ooh what a handsome boy!!" Daaang, kamu tak nampak kah my daugther is wearing her pink carebears pyjamas!!! Oh tak kan lah saya nak marah, saya senyum je laah. Lepas waitress tu blah saya whispered to sophie "tu lah, mama nak pakaikan sophie hairband munge2 sophie tak mo, kan auntie tu ingat sophie ni boy..!" Pastu sophie buat muka macam ni:

Grrr..I am a lovely babygirl, not a handsome baby boy..! Hhahahahha, sophie marah!

Habis makan semua, saya hirup coffee...oh nikmatnya hirup coffee!!! Thanks papa belanja mama makan!! Muaah!

Sunday, October 09, 2011

Happyichigo's homemade pizza..

Hello lovelies? Saya nak share cerita mengenai saya buat pizza ni. Selalu kta dengar practice makes perfect kan? Dulu zaman sekolah selalu buat latihan matematik dan cikgu kata Practice makes perfect, maka selalu lah buat latihan math! Bila dah married and becomes a mama, makin rajin juga nak masak..Lately saya suka buat pizza! First time buat pizza dough saya saya tinggiiii sangat..hahha..Kali kedua dah ok, hubby kata tak payah makan pizza kat luar. Kali ketiga, saya buat pizza masa birthday Sophie, baru berani nak jamu pizza untuk santapan ramai2..

Antara bahan2 untuk buat pizza. Nak share kat korang macam ne saya buat pizza.

HOMEMADE PIZZA DOUGH
Preparations 20 minutes
Resting 2 hours 20 minutes
Cooking 20 minutes

Ingredients:
10z yeast
8-10oz tepid water
one and 1/2 teaspoon sugar
500g flour
1 teaspoon salt
3 tablespoon olive oil

Cara-cara:
Amek 3 tablespoon of water dimasukkan ke dalam yis. Leave for 15minutes to activate
Sift the flour, sprinkle the salt and pour the yeast mixture into the center.
Stir in sugar and oil, then masukkan air sikit2
Mix everything together using a fork.
Knead the dough for 5-10 mintues, adding extra water if necessary
Dough should be soft and elastic. Form into a ball.
Put dough in a bowl, cover with kitchen towel or cling wrap.
Leave dough to prove for 1-2 hours. Dogh will double the volume.
Knock the dough and knead back for 1 minute.
Spread your favourite topping over the dough. Bake at 240darjah celcius for 20minutes.

Haa, mcm tu lah cara saya buat dough pizza..Bila ada dough, topping dia suka hati lah nak letak ape..Nak hawaiian pizza, letak lah ayam dan pineapple, nak margarita pizza letaklah buffalo mozarella, basil and tomatoes...Hai, tengok sahaja Pizza Hut, sate pun boleh jadi topping pizza kan!

Gini lah rupa dough saya yang tengah mengembang...

Pizza yang belum di bakar
Untuk pizza saya, saya letak Bolognese sauce, minced beef, onion, mushroom, cheese and pepper! Perasaan ketika tossing bahan2 ke atas dough adalah sangat membahagiakan!!!!

Beginilah rupa pizza saya yang sempoi tapi yum yum...

Dapat buat 2 pan, wah memang puas hati sayadan hubby makan! Sophie pula saya berikan rotinya, Sophie pun suka..Oh anak saya ni suka makan roti tau. Bila beri nasi ke bubur ke, sophie selalu tolak. Bila beri roti, tak pernah tolak..Hmm, lepas ni boleh lah saya cuba buat roti pula..now I'm eyeing on bread maker..oooh papaaaa pleaaaseee!!

Sunday, October 02, 2011

The Cream and Fudge Factory

Favourite cafe saya di KLCC adalah The Lawn..Time preggy dulu asyik ke sana makan sandwich dan milkshakes! Bila nampak The Lawn tutup dan ada construction, hati saya tenggelam..Dammit, my favourite cafe is closed and a new shop is taking over the spot...The new shop better be a good one, or else I will very pissed!!! Shop baru yang replaced The Lawn adalah The Cream and Fudge Factory..Hmmm, nama boleh tahan. Tag ialah Indulge Yourself in the Creamiest Ice Cream in The World..wah!

So we tried, me, marisa, anusha and ain on one gloomy evening, lepas budak2 unit chief tensen gi meeting. Kat Kino pun ada meeting ok. Meeting paling 'down' bila discuss pasal sales, aah terketar2 lah nak jawab manager tanya nape sales down ke hape ke...Lepas meeting mesti gi mana2 nak ilang kan tensen, so kes hari ni ialah gi makan ice cream ramai2! Masa makan ice cream pun masih lagi cakap mende kat meeting tadi...hellish sungguh meeting ni kan..!

Kat Cream and Fudge factory ni ada banyak ice cream flavour..oooh so many to choose lah, tp one scoop creation sudah rm12.90. Kenapa panggil cration? Sebab kita boleh pilih dia punya flavor, sauce and topping. Malas nak fikir creation sendiri, so saya choose one of their creation menu. My choice is All Berries Cheesecake..Ia adalah cheesecake flavored ice cream atasnya di tabur dengan sikit2 blueberry, strawberry and cherry pie filling dan disimbah secare sikit2 caramel fudge dan breadcrumb..Ya, semuanya secara sikit2 ok, jangan di point gambar kat menu tu dia punya strawberry cherry dan blueberry punya melimpah ruah tapi sudah noted gambar tersebut adalah hiasan semata...Mix and fold ice cream and berries dilakukan depan mata, agak menarik!

Rasanya...bagi saya ialah...maniiiiis sangat secara jujur saya tak suka. Dang! Hahahha...Ye ice-cream memang manis tapi yang ni manis macam hirup susu sejat je..Lagi satu, scoop die kecik cenonet macam ntahapehape aje...Mungkin sebab manis, itu yang scoop dan topping dia sikit je. Apepun, saya tak berapa enjoy lah makan ice-cream ni..Mungkin pergi next time sebab nak rase green tea ice cream then tak mo dah lah. Sob sob, the lawn tak de daaah..uwaaa...
Kitorang posing dulu ngan ice cream creation masing2

Chcolate Strawberry heaven, Chocolate Lovers, Peach Melba and All Berries cheesecake.
Kalau time lunch, abes full semua seats! gambar from C&F Factory FB