Monday, September 26, 2011

Sophie the Doll


ichiGo


ichiGo


Kalau kamu ada tengok babytv bersama your lil ones, mesti ada tonton sudah Hippa Hippa Hey! Dalam Hippa Hippa Hey ni ada satu character nama dia Sophie The Doll tau..A series in which three toys – Sophie the doll, Hippa   the Hippo and Bow Wow the Dog, go on an exciting journey into the marvellous world of amusement parks. Mula2 tengok terkejut lah ada voice panggil sophie hie hie..Sophie pula tepuk2 tangan tengok siri ini..Sophie the doll..hihi comelnye lah!!Selalu bila ada strangers nampak sophie dan tegur sophie, mesti mereka kata bulatnya mata diaaa macam anak patung!! Sophie pun sengeeeh le sampai meleleh air liuuuuurr...heeeeiiiii

ichiGo
ichiGo

Dulu masa preggy babyichigo saya selalu berharap baby rambut lurus walaupun dah tahu mama rambut ekal papa pun rambut ekal. Masa lahir memang rambut sophie lurus dan lebat pula tu. Lepas cukur dan tumbuh semula rambut, rambut sophie lurus tapi akan toing ternaik sikit kat hujung. Comel pula so walaupun mula2 rasa nak baby rambut lurus tapi sophie rambut ekal, seronok pula rasa..Memanglah Allah tu bijaksana, syukur alhamdulillah. Sophie ade curly hair ni rase macam nampak nakaaal aje...

ichiGo
ichiGo

Masa birthday ni, mama dan papa bawa sophie gi demc untuk checkup and follow up inject. Sophie selalu nangis kejap je bila di inject, masa nangis melala(k)-lala ialah bila ambil ubat rotavirus. Ya Allah bukan main nangis tak nak stop. Hari ni inject, sophie nangis sikit bila doctor kata "Ok sophie finish!" sophie terus clap clap clap dengan air mata masa mengalir-ngair kat mata bulat dia..Hai anak ku ni! Dr Fadzillah (paed sophie sejak newborn) siap wish dan beri birthday card untuk sophie!! Sekarang sophie ada 3 gigi, 2 bawah, 1 atas....sophie makin banyak bual, ntah apa lah yang sophie cakapkan....hee hee..Oklah nak bermain manja dengan sophie the doll now...bye bye..

Happy 1st Wonderful Birthday Sophie!

Sekejap sahaja masa berlalu, Sophie Kamilah dah setahun...Melihat sophie membesar di depan mata saya merupakan hadiah yang sangat2 menakjubkan. Bila sophie bangun, mata bertentang mata, sophie senyum riang nampak mama, mama ucap girang "good morning sophieeee!!" setiap hari berasa sangat indah dan sangat berharga! Teringat semasa sophie newborn hingga 2 bulan, meruoakan saat paling mencabar buat saya dan sham Sophie was a colicky baby..sikit nangis, perut meragam, bila maghrib menangis memanjang, bawa sophie ke hospital, pergi jumpa ustaz..Saya tak tidur sepanjang malam sebab risau kan sophie last2 saya pengsan dalam tandas..Haih membesarkan anak bukan senang, tapi setiap rasa kepenatan tu akan berbuah hasilnya...insyaAllah. Sophie mula jadi ceria dan kuat senyum masa 3 bulan ke atas. Tak ade lah meragam sangat dan sekarang, sophie adalah baby yang asyik senyyuuuuum dan ketawa sahaja..Hehehe..sophie baby besar dah!!! Terima kasih sophie sayang kerana mewarnai hidup mama dan papa..sayaaang sophie!!! Untuk majlis sophie yang pertama, saya hanya menjemput keluarga terdekat. Majlis kecik2 aje..Birthday sophie 26sept hari isnin. Saya buat majlis hari jadi sophie pada hari ahad 25sept.

Banner buat sendiri guna origami papers

Sophie tolong mama nak gantung balloons. Beberapa kalilah balloons popped sampai sophie terkejut..tp bila selalu, lama2 sophie tak tekejut pun hihi

antara tetamu majlis dihadiri oleh nephews..azu kun dan haziq.
Tetamu2: Nenek, PakLong edi,  Mak Long Azah, Haziq, Hannah, Pak Ude dan Pak Ucu, Pak Long Mat, Hana Chan, Azu Kun, Nek Su dan Tok Su

snacks for the kiddies

Menu utama: Nasi Tomato, Gulai Daging, Ayam masak Merah dan acar

Side dishes: Home made Pizza, Japanese Style Mashed Potatoes, Nuggets

Desserts: Raspberry, lime and orange jelly, cocktail jelly dan watermelon

Drink: Iced Rutbir

sophie susah betul pkai hairband ke ribbons ke mesti menangis. Pastu tarik2 lah ribbons tu..Nasib baik pkai clip tak perasan pun..alahai babyichigo mama ni kaan
lovely lovely lovely girls

kau lah segalanya untuk kuuuu
sophie merenung si katak yang tergantung kat cot..yeay sophie ada kawan baru, pak ucu beri! oh lepas ni kena beli botol susu baru lah..sophie dah besar, botol kena baru

ramai tetamu pun sophie busy reading her carebears book. dah le terbalik..terketawa mereka yang tengok gelagat sophie baca buku tau..te te de de adiooo...ape ntah sophie baca tuuu



Inilah kek harijadi sophie..Kek ladybird yang comel rasa chocolate moist! sedap nyee..mama kasi satu cubit je cukup..sophie tak leh makan manis2

sophie excited nak tiup lilin..tapi last2 haziq tolong tiupkan..


sophie the sweet birthday girl..selamat hari lahir yang pertama sayang!!!

Sebagai seorang ibu sudah tentu kita mengharapkan yang terbaikkan? Saya juga begitu..! Dan saya berharap dapat menjadi mama yang baik untuk sophie kamilah!!! Muah Muah sophie!!

Riyaz Heritage

Hello lovelies...rasanya entry ni adalah entry terakhir mengenai kisah kami beraya di Terengganu..Rileklah, raya kan sebulan, kira tak basi lagi lah cerita pasal raya kan..hahahhaha..masa di Kuala Terengganu kami menginap di Riyaz Heritage Marina Resort di Pulau Duyong..Chalet dia sangat kelas cun melecun, maklumlah 5 bintang kan.. ! Time monsoon cup, diorang yang terlibat menginap kat sini le. Kat sini panas so aircond full blast lah! Layanan pun bagus, kami 2 kali naik buggy sebab nak round tengok area Riyaz heritage ni.


Tilam empuk, sophie suka..mama and papa lagiii sukaa..hahhahaha

chalet ni 2 tingkat

Bawah pool, bawa sophiejenjalan
kite best friends forever and ever ye sophie cayang muaaah
mama and papa also best friend forever and ever..hehhehehehehe..saat manja2 dan tergelak2..i looove u hubby!


inilah chalet kami..tengah tunggu buggy nak g breakfast!
Breakfast secara buffet di Verandah. Makanan yang disediakan menarik, ofcourse saya makan western style seperti sandwich (with loads of cheese), baked beans, roasted potatoes, half bolied eggs, salad and cereals.. makanan lain seperti mee goreng, laksa, pun ada tp saya tak minat..

sophie breakfast babybites la ape lagi..ehh mama pun ade beri bun kan?

luas betul kan? design verandah ni pun lawa!

Lepas breakfast gi swimmingpool..tak berenang pun, posing je. Alala anak mama posing cute nyeer

mandi kat pool tak mahu, so posing je lah hihi

swimming pool pagi2 ni takde org..rase nak terjun je

Sophie nampak happy je jalan2 kat Terengganu, so mama dan papa rasa lagiiii lah happy...Ini merupakan kenangan manis kami jalan2 bersama. Bertambah rasa nak kumpul duit dan bawa sophie jalan2 lagi!!!! 

Monday, September 19, 2011

Kinokuniya Annual Dinner at Continental Hotel

sate, roasted potatoes, lamb chop, salmon steak

pudding, chocolate mouse, salty mango pie topped with meringue, blueberry cheesecake, carrot cake

indian soup (taste like dhal cair) and Carrot and Apple soup (my fave!)


bhaklava, strawberry cheesecake, pudding and hawaiian pizza

prawns masak sambal, carrot stick, daging masak kicap, telur masin, kerepek bijan dan keropok udang

Grapefruit(bitter! spoilt sungguh!), carrot cake(again!) and strawberry mousse
saya makan sampai jilat jari (candid pic by ain, cis!)

Sunday, September 18, 2011

My Indie Girl

ichiGo
ichiGo
Sophie is an indie girl, she does'nt mind sitting in her cot and play with her toys. She also read her books in the cot. On special occasions, mama gives baby biscuits for sophie but watch out, we don't want to invite any ants and bugs here darling! When watching babytv, she sits with her plump legs terjuntai keluar from the cot. Mama can have her time surfing internet and do the housechores. Thank you Sophie Kamilah budak stroberi, you are so sweeeeeeettttt!!!!!

Last day at Terengganu

Terengganu..negeri cantik, budaya menarik..! Saya suka jalan2 Terengganu ni...Bangunan lama penuh sejarah dan nilai-nilai warisan yang tak lapok dek hujan, tak lekang di panas. Saya ni macam orang tua je ni suka sangat tengok bangunan lama...Rasa bangga sebab di Malaysia ni bangunan cantik2. Dah tiap2 hari kerja kat bangunan moden KLCC sekali gi tempat macam ni betul2 teruja! Teringat masa honeymoon dulu di Melaka, banyak gambar bangunan yang saya snap...Kali ini berjalan di Terengganu, tak lepas peluang snap gambar. Kadang2 Sham tarik muka bila saya snap gambar berkali2. Bukan apa, klik pertama, gambar tak cantik, perlu klik beberapa kali nak dapatkan the perfect shot. Maklumlah kamera murah saje, gambar pun tak lah lawa mana! Tiap kali Sham buat muka, saya akan remind dia..Nanti2 sayang gak kan yang tengok2 gambar ni? Nanti nak cerita kat sophie kan? Haaaa..baru lah dia senyum skit. Kalau berjalan saya yang suka ambil gambar. Masa jalan diJepun dulu, setiap sudut, setiap ceruk saya ambil gambar, sham bebel2 lah kate saya slow. Last2 balik rumah, dia gak yang ngadap computer tengok gambar2 yang saya snap pastu tanya "eh dira gambar ni lawa, amek mana ni.." "Ni amek gambar ni bilaa?" blablalalala..cubit kang!

Berbalik pada story di Terengganu, kami ke Chinatown dan Pasar Payang. Oh di sini pun ada Chinatown, menarik! Ade deretan kedai runcit, kedai kraftangan dan kedai menjual alat2 untuk beribadat.
Colourful nya bangunan di Chinatown ni..
Pintu Gerbang di Chinatown

Kami berbelanja sikit di pasar Payang. Harga kat Pasar Payang ni mahal sangat, mentang2 banyak pelancong datang ke sini, mereka belasah letak harga tinggi. Sham awal2 dah beritahu harga kat sini mahal jadi saya tak fikir nak belanja banyak, hanya nak tengok suasana pasar ni saje! Sebagai contoh, harga tudung di sini RM14 kalau beli di Masjid Jamek RM10 aje. Kain Batik wajib beli, saya nak hadiahkan kepada mak tersayang...Kain batik Noor Arfa RM28, kalau beli di Besut RM18 aje..Tak pelah beli sehelai cukup buat kenangan jalan ke Pasar Payang!
Beli jajan di pasar Payang
Sophie crawling atas kain2 batik di Pasar Payang. Syok ke sophie?
Destinasi terakhir ialah Muzium Negeri Terengganu. Muzium ini luaaaas sangat. Saya tak berapa minat pameran yang ada dalam muzium ni sebab banyak pamer pasal raja raja. Baju yang di pakai raja, keris lah, ape lah...Mmmm, kalau bab bab ni saya fail lah, menguap2 samapai! Tapi bila bhgian kraf seperti seni khat, seni anyaman dan seni ukiran, permainan saya suka lah. Semua info saya baca! Tak lama pun duk dalam muzium ni, 10-15 minit aje..Hahhahah, kata muzium luas tapi round sekejap je? Bukan apa, muzium ni gelap, panas tak ada aircond...rimas lah..Dari satu tingkat ke tingkat lain plak cuma boleh naik tangga, lif ada tapi pelawat tak boleh guna. Angkat lah stroller sophie bila naik tangga. Masa tu saya pkai cardigan, terpaksa lah buka sebab panas sangat. Peluh sophie pun mengalir2 dah jadi kami ambil keputusan keluar terus! Hehehe, jangan lah bawa baby gi muzium ye kenkawan...Muzium ni kalau masuk mahal, tapi aircond tak de..cis! Takpelah, dapat tengok bangunan muzium ni yang indah dan tersergam gagah, rase puas hati dah!





Habes jalan di Muzium Negeri ni, kami terus pulang ke KL..Jika perjalanan dari KL ke Trengganu, sophie sangaaaat sweet sebab tidur aje..Ape cerita sophie dalam perjalanan ke Terengganu ke KL...aduhai bila terkenang balik, saya ketawa aje....Bye bye everyone~