Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua yang sudi sinngah ke blog saya. Perayaan hari raya di timur sangat berbeza dengan beraya di lembah klang. Sedang saya bersiap2 nak mandi pada hari raya, sham kata dia nak keluar dulu, nak makan. "eh tak makan bersama2 ke?"...Sham jawab kat sini makan je, tak payah saing2. Telan air liur saya mendengarnya. Jika di rumah mak saya di PJ, kami akan siap2 pakai baju raya cantik2 semua lepas tu terus makan hidangan hari raya. Selesai makan terus ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. Pusara arwah abah dan arwah atuk kami lawati, semuga roh abah dan atuk aman di sana. Balik ke rumah kami sekeluarga saling maaf bermaafan dan selalunya sampai mengalir2 air mata tak kira yang lelaki mahupun perempuan. Dari sesi sedih dan sayu, beralih ke sesi gembira di mana kami semua amik gambar sekelurga beramai2. Aih rindu nya keadaan sebegini.
Kat Besut pulak, siapa nak makan, makan lah. Siapa nak gi solat aidilfitri silakan. Tak yah saing2 tak yah sama2. Sesi salam bersalaman tak ade pun, masing2 buat hal masing2 sampai saya sendiri terlupa nak bersalaman meminta kemaafan dari suami tercinta. Rasa sebak pun ada tapi jika begini perayaan di timur, saya ikut kan sahaja.
Lebeh sebak lagi apabila saya sedang excited nak pakai kan baju kurung untuk sophie kamilah, kepala sophie tak muat masuk dlm baju tersebut. Berkali2 saya cuba tapi memang langsung tak muat, betul2 rasa nak menangis. Sham pula pujuk supaya saya tak sedih dan saya terus pakaikan dress untuk sophie. Tema kami pada tahun ini ialah warna COKELAT. Baju kurung sophie ada bunga bunga kecil warna cokelat, kami beli ready made. Rasa sesal menyelubungi diri kerana ketika beli tak cuba pun baju kurung tu muat ke tidak. Maafkan mama sophie!!! Mood pagi tu terus down..Tapi beli tengok sophie asyik senyum2 tak tahu pun apa yang berlaku, saya terus tak mahu salahkan diri sendiri lagi..Takpelah, saya belajar dari kesilapan. Next year saya akan lebih bersedia, kalau boleh tak nak lah beli ready made, beli kain dan tempah di kedai...
Sampai waktu tengah hari, saya ikut hubby dan abang ipar beraya ke rumah sedara-mare. Pada masa itulah baru saya rasa suasana hari raya.
Sempat juga bergambar bersama sham dan sophie di rumah mak teh. Itupun dengan azu kun dan qistina (anak buah kami) yang asyik nak bergambar bersama kami.
Sophie Kamilah yang sentiasa ceria dan gembira, buat mama sentiasa terhibur melihat gelagat sophie
Wah ada wau union jack? Semasa sham tolong snap gambar wau ni, mak teh suruh saya bawak balik..ish malu aje...
Gambar ini pula saya snap ketika di rumah Mak Ngah. Rajin Mak Ngah melayan sophie ni, entah apa yang mereka bualkan.
Ini kali pertama saya beraya bersama sophie. Masa makan dirumah sedara, saya gilir2 makan dengan sham sebab salah seorang jaga sophie. Ada makcik yang baik hati suruh kami makan bersama2 tapi saya refuse sebab walaupun sophie baby yang ceria, tapi kalau dengan orang lain, lama2 dia cepat rimas dan akan panggil mama nya juga..! Kalau cakap pasal duit raya, wah macam tahu2 aje sophie ala ala bersalaman (sophie belum reti salam lagi) pastu amek duit raya tu...Bila saya ambil dari tangan sophie, sophie senyum aje selalu kalau kita ambil apa2 dari tangannya, mesti mengamuk. Sophie tahu mama nak masuk kan duit dalam bank ni...hehe..
Di sini saya tak jumpa rendang daging, ketupat atau lemang. Hari raya pertama tahun ni saya menikmati nasi dagang dan nasi minyak..oooh sedaaapnya!! Pengalaman beraya di besut bersama papa dan sophie memang menarik. Mula2 rasa sedih di pagi raya sebab jauh ngan keluarga sendiri dan sophie tak dapat pakai baju raya. tapi towards the evening, saya rasa gembira. I am blessed to celebrate raya with my beloved husband and my lovely daughter. Syukur Ya Allah!






















