Sunday, July 31, 2011

Sophie suka diapers yang mana?


sophie 4m
Sebagai seorang mama pastilah kita nak mencari diapers yang terbaik untuk baby kita kan? Bila dipakai, baby mesti sentiasa rasa selesa sepanjang masa. Saya suka bereksperimen! Bila ada sahaja sale diapers, saya akan belasah beli banyak2. Eh taklah banyak, beli 2 bungkus besar tu jadilah. Saya ni ISETAN member, tiap kali dapat sale catalogue, terus saya selak page barang keperlun baby! Tengok toys, tengok baju2 dan diapers. Shopping ke Isetan mesti bawa catalogue tersebut, supaya tak terlupa barang yang nak dibeli. Dulu selalu tg orang macam tu, sekarang saya yang begitu. macam makcik2 pula rasa, tak pe makcik cute, boleh? Saya pergi balik kerja naik lrt so kalau beli diapers di Isetan, beli 2 bungkus cukuplah, segan org dalam lrt jeling tgk wa excited beli diapers!!


Inilah dia diapers yang telah di eksperimen oleh saya dan sophie. Mamy Poko pants, mamy poko, pampers comfort dan nepia diapers.


Kita mulakan yang tak best punya..Iaitu PAMPERS. Dulu kecik2 tahun 80an mak mak kita ramai belikan pampers untuk kita as babies. Time tu Pampers adalah brand diapers yang paling superior lah sampai orang asyik terpanggil diapers sebagai pampers. Konon nak mengimbas nostalgia tahun 80an, saya belikan sophie diapers. Harganya murah sahaja 84 keping RM29.90. Bila dibuka plastik dan pegang je pampers ni, saya terkejut sebab kualitinya tak membanggakan! Nipiiiis sangat dan rasa macam pegang supik gelenya! Masa pakaikan sophie pula, beberapa kali pampers ni terkoyak (menandakan memang lah ia nipis) sebab sophie ni lasak bila pakai asyik guling sana sini. Lepas tu, saya kena tukar pampers ni setiap 1-2 jam sebab bila sophie shi shi je, pampers ni terus jadi berat dan shi shi mula menitis! Korang pernah tak cuba pad laurier? Pad tu ada macam gel yang dapat serap korang nye mende merah tu..haaa, pampers ni mcm pad laurier lah, tapi instead of gel, dia macam satu bag yang kumpul shi shi dan kelihatan bag tu akan burst anytime soon. Sangat scary ok! Dan paling sedih sekali ialah kulit sophie naik merah merah bila pkai pampers ni.......punyalah tak sesuai ngan sophie. Sorry baby mama, sebab mama ngade2 nak try sophie kena merah merah kat punggung pulak. keistimewaan pampers ni, design dia comel..Ituje lah..Tapi comel tak membawa apa2 erti!!


Diapers kedua..NEPIA. Brand ni asal dari jepun malah diapers ni pun made in jepun! Kalau mende jepun, saya rasa yakin BEST! Saya jumpa Nepia ni masa shopping kat Jusco MV. Ada promoter nepia tegur saya dan sophie, dia bagi saya satu sample diaper nepia ni, kalau berminat boleh lah beli kat Jusco. yes exclusive only at Jusco! Jika beri 1 sample, mcm tak dapat tengok kesan nye, itu pendapat saya. Tapi sekali saya cuba, wah wah wah, memang terus saya berkenan! Saya suka diaper NEPIA ni. Diaper Nepia ni tebal dan empuk. Tiap kali buka untuk diaper changing, sophie nye bum bum tak basah dan tak merah. Lagi tahan lama dipakai, sophie aktif dan confident! Design nye sangat suci murni, tak de color color, tak payah ade kerekter comel2 pun, hanya ada taburan anak ketam di seluruh diaper! Zap yang lekat kan diaper ni kuat dan tebal. Size diaper ni juga besar sikit bila banding ngan diaper lain. So jika ada mama yang anak nya dah besar pun masih pkai diaper boleh cuba nepia sebab size yg mereka tawarkan ni besar!

Mamy Poko pun brand dari Jepun. memandangkan sophie sekarang lincah dan apabila diaper changing, adekala sophie mula nak merangkak sebab ade sesuatu yang menarik perhatiannya, sangat sesuai lah saya pakai kan mamy poko pants untuk sophie. Seperti Nepia, mamy poko tebal dan empuk. Nak pakaikan mamy poko pants cukup senang, tak kira time sophie baring ke, duduk ke, merangkak ke, berdiri ke, saya dapat pkaikan denagn mudah....Design pooh and friends sangat menarik. Harga mamy poko mahal sikit, saya beli masa Isetan sale sahaja. Bijak nya mama kan sophie..heeehehehehe..

Di waktu siang, saya pakaikan Drypers untuk Sophie. Drypers bagus dan affordable. Bila bawa sophie berjalan2, saya pakaikan Nepia. Dan waktu malam, saya pakaikan sophie mamy poko supaya si manja selesa dan tidur lebih lama! Saya belum cuba lagi pet pet dan huggies. sejak kejadian Pampers saya takut nak mencuba cuba lagi. Cukuplah saya beli Drypers, Nepia dan mamy Poko. Mama mama lain pakai kan diapers apa untuk anak anak..?

Saturday, July 30, 2011

The Spaghetti Farm

Hello all! Bagi saya, masak spaghetti tak susah. Spaghetti ni versatile. You can cook it the original Italian stle, aglio olio and bolegnese to name a few. Cook it oriental style, makan ngan tom yam.mmm sedap..Kalau Japanese style, makan dgn nori dan telur ikan, unik dan menyelerakan. Masak style mana pun, saya suka. Kat rumah selalu saya masak spaghetti, malah masa mengandungkan sophie dulu, saya banyak makan spaghetti.
Bila dah selalu masak spaghetti di rumah, kalau makan di luar saya tak berminat untuk order spaghetti. Tapi bila ternampak The Spaghetti Farm di MidValley baru2 ni, saya rasa berminat. Wah, satu restaurant specialize satu makanan: spaghetti. Menarik ni! Mungkin sedap betul ni. Itu tanggapan saya. Hubby approve untuk makan di sini, maklumlah hubby yg belanja so kena minta approval dulu kan!
Order secara selfservice di counter. Order je terus dapat spaghetti yg diorder. Style fastfood! Agak ramai yang beratur di situ. Kami order set meal: Spaghetti, soup and softdrink. Spaghetti saya ialah fishfarm iaitu spaghetti topped with prawns and peas.

Sham pula order Spaghetti FreshFarm iaitu spaghetti topped with minced beef and cheese.
Soup kami adalah asparagus soup dan mushroom soup. Cuba teka sedap ke tidak? Kalau dah tanya ni mcm something wrong je kan.. kalau sedap straight to the point lah kan? Well, spaghetti kan sini mmg tasteless dan bosan. Very not worth the money....Sampai sham cakap spaghetti yang saya masak beribu2 kali ganda sedap (thanks sayang..ni yang buat mama rasa lagi rajin nak masak). Sebab sakit hati, saya makan dengan begitu laju..Macam makan maggi, laju kan..sluuuurp, laju masuk mulut panas. Tapi makan maggi sedap..Yang ni, makan laju2 sebab tak larat nak menikmati slow2 kan, dah tak sedap..cepat2 makan dan blah la..Hhahahhaha
Tp tak sedap bagi kami pun, sebenarnya ramai peminta The spaghetti Farm ni, sebab ramai orang datang makan sini. Spaghetti dia tak sedap, tapi asparagus soup dia sedap ok..Ala kasi can la..Tapi take note, next time tak nak makan sini lagi lah..Kalau nak makan spaghetti kad restaurant kena fikir dua tiga kali lah...Nanti sophie besar Mama masak kan spaghetti dan maccaroni selalu, mesti sophie suke kan?

sophie 8m






Yuzu KLCC

Lunch at Yuzu Japanese restaurant with Marisa and hanis.
Lucky Neko welcoming guest
Dried flowers on the shelves, unique interior display
hanis' dish, saba set
my dish, salmon set
marisa smiling over her oyakodon

enjoying our green tea latte. It taste only the latte, not a hint of green tea at all
victorious lunch?
i love the yuzu background..yuzu is orange in japanese

Monday, July 25, 2011

Umai-Ya KLCC

Saya suka japanese foods..sushi ke, curry rice ke, okonomiyaki, saya sukee semuanya..one thing yang saya tak suka ialah raw food..so bile makan sushi tu yg ada ikan mentah saya tak leh le makan..eeeiii.. Mencuba makanan jepun adalah experience yang mengembirakan!
Depan kino ada new japanese restaurant, Umai-ya. Saya try pada satu hari yg tensen ni sbb kena marah bos so mcm nak makan sedap untuk hilangkan tekanan.
Hot Ocha..cantik kan tea pot ni..bile minum ocha, kenalah minum degan kedua2 belah tangan memegang cup, gaya orang jepun mcm itu! Nampak sopan dan ayu! Ocha ni RM2 sahaja, nak refill? Anytime!

Decoration umai-ya
eh macam manga oishinbo !

Saya order saba bento set. Saba ni ialah grilled mackerel dimakan dengan radish dan perahan lemon. Sedaaap! Side dish adalah tempura plate! Tempura yang panas2, rangup di luar dan di dalam ialah fresh onion, pumpkin and ebi, sedap dicicah dengan soy sauce yg rasanya manis2 dan masin2 oooh kampeki! Selain saba and tempura, set ini ada include fresh veggie and fruit salad serta miso soup..
Marisa pula order oyakodon iaitu nasi topped with egg, minced chicken, onion and soysauce. Marisa lebih gemarkan hawker foods style. Saya pula sukakan set yang fancy!

Secara keseluruhan saya sgt suka makan di umai-ya kerana makanan nya yang sedap dan layanan dan service mereka yang high class! Hanya resturant ni sempit dan gelap. Saya suka restaurant yang gelap (bukan gelap yang sampai makan pun kena teraba2) tp gelap cam romantik gitu. Tp kat umai-ya ni gelap tp sebab ia sempit, nampak mcm pelik dan rimas. Itu pendapat saya lah...Gtg now..ciao!!