Siapa tak sedih bila anak kena admit hospital.. Cite nye gini. Masa sophie dah 4 bulan, nenek sophie (mak saya) dah tak larat jaga sophie. Nenek ada lelah dan sakit jantung so bila sophie meragam ke menangis ke, nenek nye jantung berdegup laju. Kesian kat nenek sophie, saya pun hantar sophie ke nursery di Kelana Jaya. Sangat jauh dari rumah saya di Old Klang Road tapi lepas beberapa minggu saya survey beberapa buah nursery, nursery yang kat kelana jaya ni paling bagus. First, sebab dekat rumah nenek, kalau ada apa2 nenek boleh gi nursery. Second, nursery ni bukan sahaja jaga babies tapi mereka menyediakan activities for babies such as baby gym, baby massage dan gunakan flashcards untuk pendedahan awal. Benda2 mcm ni memang saya suka. Third, mereka asingkan babies from the kiddies, baby 2 bulan ke 6 bulan dalam 1 room, baby 6 bulan ke setahun in another room...teacher dia pun ramai. Saya rase nursery ni bagus.
Hari pertama hantar, sophie kelihatan gembira. Masa teacher dukung sophie, sophie terus senyum, dia memang friendly. Masa nak bye bye kat sophie, terase sebak yang amat sangat tp saya buang kan perasaan tu jejauh sebab semua ibu bekerja melalui saat seperti ini. Sepanjang hari saya bertanya2 diri sendiri, sophie ok kah? InsyaAllah ok!!! Pukul 5 petang, saya ke nursery nak amek sophie.. Ya Allah si kecik ni menangis meraung2 dlm dukungan teacher. Bila saya ambil sophie, terus die senyap dan bila pandang saya terus die senyum. Saya tanya teacher, sophie ok tak..teacher kata ok sgt suka bermain, aktif tapi nak tidur payah....hmmm, memang pun begitu, sophie ni kene orang dodoikan dia baru dia tidur. Pada keesokkan hari saya hantar sophie ke nursery, masa saya bye bye kat sophie, sophie terus pandang tempat lain. Sikit pun tak toleh kat saya...sebak sungguh..hubby kata sophie merajuk kot. Mende ni berlaku hari2 berikut nya...

2 minggu je hantar sophie ke nursery, sophie asyik sakit aje..Dan dalam 2 minggu ni kami asik hantar sophie ke hospital. Demam lah, batuk lah, sesema lah...last2 sophie kena admit ke hospital. Saya pun terus minta emergency leaves untuk beberapa hari dari company saya. Masa masuk bilik kat demc ni, rase nak nanges tapi dikuatkan hati ni jugak..Bile tengok sophie yang sakit ni asyik senyuuuum aje, hati rasa terubat. Sebab sesema sophie teruk, so mereka guna kaedah nebulizer iaitu sophie dipakaikan mask kecik dan ada osigen dalam bentuk mist perlu disedu oleh sophie supaya sesema dan kahak sophie boleh dicairkan dan dikeluarkan melaui najis. Yang kelakarnya, selalu bila babies dipakaikan mask, terus akan menangis. Bila nangis lagi kuat, lagi banyak oksigen akan masuk ke lung lagi bagus..Si sophie plak bila dipakaikan topeng dan mist keluar, sophie bual2 dan ketawa..nurse pun pelik tengok sophie..sophie ni peramah sangat laaah..

Bila kaedah nebulizer ni tak berapa nak berkesan, mereka gunakan kaedah fisio terapi. Semasa proses ni dijalankan parents tak boleh masuk dlm bilik fisio untuk tengok. Mula2 masa ahli fisio ni tepuk2 sophie, saya teman kan sophie bersama. Masa suction nak keluarkan kahak, diorang suruh saya keluar. at luar bilik, saya dengar sophie nangis kuat sangat2..saya hanya berdoa agar semu kahak2 yang jahat ni kelaur dari badan sophie..

Masa kat demc, sophie baaaaiiik sangat! Saya tak diberikan baby cot pun, so saya terpaksa tidur sophie kat sebelah saya.. Di tepi sophie, saya buat benteng guna bantal..Di rumah, sophie tidur dlm cot so kat demc ni saya belajr tidur sophie sebelah menyebelah. Sophie tidur nyenyak jugak tp adekala terbangun sebab tak selesa hidung nya tersumbat. Mula2 rasa sedih tgk sophie sakit tp ada hikmah gak masuk hospital ni. Saya dapat break dari kerja dan jaga sophie sepenuh masa, wah mcm surirumah gitu..Saya teman kan sophie, saya nyanyi untuk sophie, baca ayat2 al-quran, tgk tv dan baca buku.
Setelah 3 hari 2 malam, sophie sembuh sepenuhnya.. Doktor nasihatkan jangan hantar sophie ke nursery lagi.Hish memang tak mahu pun! Nenek lah yang akan jaga sophie. Ubat2 sophie ada banyak dan perlu dimakan ikut jadual sampai abes semua kahak keluar. Syukur kepada tuhan sophie sihat semula. Mama doakan sophie sihat sentiasa ye sayang! Takmo lagilah kena admit hospital ni, jiwa mama jadi kacau dan kusut.. I looove you baby!!
