Sawadikap..Sawadikap..Haa, kalau lalu depan Chakri Palace di Level 4 KLCC ni, host di depan restoren ni mesti sampaikan salam mesra Sawadikap kepada pengunjung. Teringat saya rancangan Serasi Bersama, ada sepasang suami isteri ni kali pertama dating ke restoren Thai, host sambut mereka "sawadikap" lalu sang suami kata "memang kami nak duduk dekat tingkap..!" Dang, ketawa bila terkenang semula rancangan ni! Saya lunch bersama rakan x-kino, Shidah. Dah lama betul tak jumpa cik adik ni, rindu sangat-sangat Shidah ajak saya makan Chakri Palca ni, risau juga saya sebab saya tak tahan pedas. Memandangkan banyak review mengatakan masakan Thai restoren ni enak, apa lagi, cuba saja lah!
Ini lah hidangan Thai yang saya nikmati hari ini:
Yam Ma Moung : Thai Marinated Mango Salad, Gaeng Keaw Wan Gai : Thai Green Curry Chicken, Gung Hom Sabai : Deep Fried Prawn with Popia Skin. Saya sangat sukakan green curry nya, cukup rasa lemak, manis dan pedasnya. Yang tak bestnya ialah potion nya kecil, cukup-cukup untuk makan bersama nasi. Jika di hirup green curry tu mesti nikmat! Green curry ni tak begitu pedas. yang saya tak sangka, dressing salad ni pedas sikit! Saya tak gemar masam-masam mangga muda maka tak habislah salad saya. Cantik nya ada bunga anggerik di atas nasi putih tu kan. Untuk set ini, harganya ialah RM26 .
Ini pula set Shidah, Tom Yam Gai iaitu Tom Yam ayam. Tom Yam ni pula pula ada dua jenis, Tom Yam Bangkok di mana kuahnya jernih dan Tom Yam Thai Selatan, kuahnya pula bersantan.
Minuman saya ialah Thai Milky Coffee (rasa mcm kopi susu biasa saje?) dan Shidah's Strawberry Juice
Masa kami lunch di sini, pada mulanya adalah beberapa customer tapi makan punyalah tak sedar, rupanya dalam restoren tu dah tak ade orang. Restoren di tutup untuk private function. Kami adalah customer terakhir...Dah tak ada orang tu, sempat lah saya dan Shidah bergambar dalam restoren ni. Waiter dia baik hati offer untuk ambil gambar kami, bagus betul layanan! Saya juga tertarik dengan hiasan dalaman restoren ni, banyak betul patung-patung Thailand yang di ukir denagn begitu teliti dan cantik. Saya tersenyum sendiri bila mendengar lagu yang dimainkan di restoren ini. Lagu rock bahasa Thailand!!!
Bergambar di depan Chakri Palace. Saya dan Shidah yang comel! Terima kasih belanja makan Shidah. Next month giliran kite belanja ok!
See you soon..Pop Kan Mai!!
























2 comments:
Hikhik lawak ayat kt atas...."kami mmg nk Duduk tepi tingkat" guling2 gelak taw....ciannyer x mkn pedas ek??? Ai mmg suka mkn benda pedas2 maybe org utara sama kot suka pedas....Wahhh mmg malatop la menu uols order tu....terlioq suda
itulah ayu...tak ingat dira celebrity mana ni tapi lawak je dia boleh salah dengar..lol
Post a Comment