Anak kecil happy berlari-lari, sekelip mata..dang jatuh tergolek..! Setiap parents pasti melalui saat-saat mencemaskan begini. Saya tak terkecuali..! Angelic macamane pun Sophie Kamilah, adakala saya yang terlepas pandang, sibuk tengokkan hal lain, tiba-tiba terdengar Sophie menjerit dan nangis kesakitan. Sedang berjalan-jalan sambil pegang bucu sofa, Sophie ternampak baby gym di tepinya lantas terlupakan sofa dan terus nak pegang baby gym..buk, jatuh, landing atas lantai! Saya hanya buat assumption ini, sebab pada masa itu, saya di belakang Sophie tiba-tiba ada siri Emma's Theater di Babytv, berceritakan mengenai topi besar dari Mexico, sombrero. Menarik dan comelnya, kata hati saya. Sesaat dua sahaja mata ni tertumpu ke tv, dan dikejutkan dengan teriakan anak. Saya menjerit "Ya Allah! Sophie..!" terus angkat Sophie dan tenteramkan Sophie. Saya usap-usap kepala Sophie,betul-betul sedih dan takut! Ya Allah selamatkanlah anakku..Bila Sophie ok sikit, tangisan pun slow, saya beri susu dan tidurkan Sophie. Masa Sophie tidur, barulah saya nangis beriya-iya, kesihan melihat Sophie sakit. Macam mana Sophie jatuh, saya tak pasti 100% tapi bila saya bayangkan macamana, saya menangis berulang kali dan salahkan diri sendiri. Maafkan Mama Sophie, sorry sayang sorrryyyyy....Saya whisper di telinga Sophie dan usap Sophie. Bila Sophie terjaga, sophie sengeh tengok mama dia. Mesti Sophie dah lupa tadi SOphie jatuh. Apelagi, deras air mata saya melihat Sophie yang innocent ni tersenyum..Maafkan mama sayaaang! Mengangis lagi dan lagi...Kejadian ini terjadi sebelum birthday Sophie. Adakala saya akan teringat peristiwa ini, saya akan geleng-geleng kepala dan berdoa Ya Allah lindungilah anakku..Jangan lah Sophie jatuh lagi!
Malam tadi, Sophie jatuh lagi....! Kali ini saya bawa Sophie ke hospital sebab terlalu risau...Benjol di dahi Sophie besar pada malamnya tapi pagi nya benjol dah kurang. Doktor senyum sahaja bila saya menceritakan apa yang jadi. Doktor pegang dahi Sophie dan kemudian beri sophie torchlight kecilnya. Sophie terus grab.. Doktor beri lagi kayu ais krim nya (tak tahu apa panggilnya tapi kayu ni buat jolok masuk mulut), Sophie grabs and terus ambil buat main..Doktor kata anak kecil memang macam ni..Anak sesiapa pun pernah jatuh, walhal anak doktor sendiri pun pernah jatuh. Jika muntah-muntah berpanjangan, ada bleeding dan tak lalu nak minum, barulah serious dan rawatan diperlukan. Sophie jatuh biasa sahaja...Lega hati saya bila doktor kata begitu...Saya asyik menangis dan menyalahkan diri sendiri, saya tak fikir perkara ini adalah perkara biasa....
Saya teringat mak saya dulu, semasa membesarkan kami adik-beradik pun pernah melalui fasa anak nak membesar dan bila nak membesar dan proses belajar, along the way mesti ade jatuh-jatuh. Abang saya pernah jatuh di playground, batu kecil masuk dalam dahi. Mak berkejaran ke hospital, darah mengalir laju..Saya jatuh dari buaian, dahi saya berdarah tapi tak begitu drastik seperti abang. sampai sekarang kesan luka ada di dahi saya. Adik saya pernah jatuh sampai gigi patah, mulut pecah...Bila kami dah besar, mak ceritakan macam mana kami dulu jatuh dan mak cemas, malah mak sempat marah-marah kmai sebab kami semua nakal, saya hanya ketawa sahaja tengok gelagat mak..Sekarang saya sendiri sebagai Mama, barulah saya faham perasaannya macam mana...Kesian mak, dulu tengok kami adik beradik jatuh tergolek sampai berdarah-darah...Maaf kan kami asyik merisaukan mak! Sekarang saya perlu lebih berhati-hati lagi. Harapnya no more accidents will happened, insyaAllah.
Sophie the little Daruma Doll...bila jatuh, bangun kembali. Mama akan lebih berhati-hati lagi supaya Sophie tak jatuh ye sayang! Mama pula ialah big daruma doll...Bila nampak sophie jatuh, jiwa, hati dan jantung mama yang jatuh. Begitu juga air mata mama yang jatuh non-stop. Tapi mama ialah big daruma doll, walaupun fizikal tak jatuh hanya emosi sahaja jatuh, mama akan terus bangun untuk bantu sophie, comfort sophie dan doa lagi dan lagi supaya sophie selamat dan dalam lindungan Allah swt always and forever...Amiiiiin!





















6 comments:
budak baru kaki mmg gituew
anak ai dulu masa baru leh jln tataw dah brpa kali jatuh....yg risaunyer jatuh kat belakang kepala tue....siap ari tu bengkak bolat dan jadi soft nasib baik bawa gi jmpa doc dia kata x der apa2....tue x masuk part kena cakar ngan cat etc....fenat tera nak besar dan faham cakap ni ngeeee....biler dah besar kes lain plak hikhikhikhik
ayu chan..sophie ni tak reti jalan lagi tapi suke meniti kat meja ke sofa ke..haih risau lah dira..adam penah jatuh benjol di belakang kepala ye ayu..mesti risau kan..lagi dah besar lagi macam2 yee...dira kene bersedia niii!! wish me luck ayuuuu!
1 step b4 nak jalan memang keja memanjat gituew...kaki pow x kuat lagi ada hati nak panjat sofa etc khen...but really sweet moment...rindu nak ada bb but not my rezeki rite now....keciwa gak la...but never give up ....kot2 ada rezeki dapat bb gurl yg super kawaii like sophie nie bestnyerrrrrrr
Mama Dira,
Jgn risau sgt. Bila jatuh itulah waktu dia belajar. Lain kali tak boleh lepas tangan, nanti jatuh. Atau pun dia akan lebih motivasi untuk berjalan betul. Dont worry too much, k!:)
Betul kata Doktor tu. Kalau tak muntah2 tu, insyaAllah tak ada apa2.
Patutlah tak boleh derhaka ibu, ya. Letihnya ibu jaga anak, kan! :)
ayu chan, memang sweet moment!!! rasa mcm sekejap je sophie tahu buat itu buat ini..cepat nye masa berlalu..insyaAllah ade rezeki lagi ayu. dira sama doakan..adam tak sabar nak adik daaah...!
aduhai kak ira, dira rase dira terlalu risau lebih lah..masa awal2 dulu dira sampai nagis lah tengok sophie jatuh, time tu jatuh kebelakang..sophie abes nanges, dira tak habes pun nanges..papa sophie pun marah dira lah sebab dira gembeng..hahhaha..
baru tahu susah senang seorang ibu...!
Post a Comment