Wednesday, January 13, 2010

Melaka Bandar Bersejarah

Hello minna san! Dira baru balik dari Melaka sambut birthday ke 27 bersama hubby tercinta! Melaka sangat fantastic...banyaak sangat perubahan kat bandar bersejarah ni. Dulu saya pernah belajar selama setahun kat Kolej Matrikulasi Melaka, Londang. Masa tu umur 17 tahun... Saya sangat sukakan Londang, dari bilik saya buka sahaja tingkap dapat nampak Laut China Selatan. Dah 10 tahun tak datang Melaka rase terpanggil2 nak melawat kota bersejarah ini! Ok lah, nak cerita pasal trip ke Melaka

Inilah hotel yang kitorang menginap..Hotel Puri...Hotel ni bercirikan rumah kedai Baba dan Nyonya..Antik sekali!
Hotel ni dibina pada tahun 1874 terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Kami tak buat reservation pun, alhamdulillah dapat bilik juga di sini. Kebanyakan pengunjung adelah foreigner yg warga emas. Saya dan sham je yg muda! hehe..

Kesemua perabot antik Baba dan Nyonya ni memang nampak elegant!

Bila ternampak bookshelves ni saya dah excited. Sesiapa sahaja boleh meminjam buku di hotel ni, sambil pekena coffee (kat depat shelves ni ade cafe) sambil rehat2 di lounge! Hebat2 juga koleksi buku di Hotel Puri ni. Ade Mike Gayle, Jane Green, Jeffrey Deaver, Jonathan Kellerman, Mary Higgins Clark, Martina Cole, Stiegg Larsson dan macam2 lagi...Maaf, dah saya kerja di bookstores, bila nampak bookshelves di sebuah hotel baba dan nyonya ni, saya rase excited sangat!


Lepsa check in, kami berehat seketika...Bilik kami sangat selesa dan bersih, cukuplah untuk beri kami gembira! Dah hilang letih, kitorang pun pi jalan2 ler..Mula2 je History Room Hotel Puri. Kat dalam bilik ni terdapat banyak patung2 yang menggambar kan sejarah Melaka seja dulu, lebih2 lagi masa pemerintahan jepun.

Kami ke Jonker Street..Di sini banyak kedai-kedai cenderahati, restoren baba dan nyonya, restoren portugis, bistro dan dereten kedai2 cina...





Kami ke Eleven Bistro untuk makan makanan portugis.

Starter ialah salad dalamnya ade nanas, betik, mangga dan hirisan cili padi dan ikan bilis goreng.

Kari ayam debel..Pedaaaaas!!!!

Green Curry Prawn..pun pedaaas!

Masakan portugis pedas lah babe! Saya tak tahan laaah! Sedap mmg sedap tp sampai nangis saya di buatnya.. sobs!
Deco Eleven Bistro


Kami sambung Jalan2 dan ambil gambar area Bandar Hilir. Memandangkan hari ni hari Rabu maka tak begitu ramai orang pun kat sini.
Muzium Islam Melaka




A'Famosa

Hirup cendol di tepi Sungai Melaka.


Malam kami tak buat ape2, hanya round2 jonker street dan masuk hotel lepak dalam bilik...

Layan cokelat Godiva yg Hanis beri (thanks twin!)...Itu shj hari pertama perjalanan kami ke Melaka. Banyak betul gambar yg dapat saya ambil! Saya paling suka gambar rumah dan kedai2 cina tepi Jonker Walk! Sayangnya, jalan kat sini one way dan sangat sempit. Muat lah satu kereta dan seorang pejalan kaki untuk bergerak serentak. Bila ade lori, van atau bas lalu, habislah pejalan kaki kena hon kuat! Sebagai rakyat Malaysia saya tak kisah tapi kesian tgk pelancong asing yg sedang asyik ambil gambar tetiba di hon. Memang untuk keselamatan tp apabila pandang muka mereka dari excited bertukar mendung, kesian rasanya! Agaknya ini adalah salah satu keunikan Jonker Street, kita terima dengan hati gembira...Kita sambung cerita hari kedua saya dan sham di Melaka lepas ini!

12 comments:

FaShiHa said...

Dira!bestnya sham bawak jalan2 Melaka. Nanti shilla kawen nak ajak hubby bwk jalan2 gaklah..!hehe..biler tah..

FaShiHa said...

Dira!bestnya sham bawak jalan2 Melaka. Nanti shilla kawen nak ajak hubby bwk jalan2 gaklah..!hehe..biler tah..

happyichigo♥ said...

Shilla oh shilla..
mase ko hantar mesej pasal Kenny Rogers tu aku kat Melaka Shilla..thanks for the info..Shilla, insyaAllah nnt ko ade jodoh..Aku doakan ko Shilla!!

J u l i a 。.゜✿ said...

dira & sham unik !
kalau ju dengan afan cari hotel, mesti nak yang moden2 je (boring tau). bila tengok pengalaman dira stay hotel antik macam hotel puri tu, hati ju rasa nakkkkkk sangat bermalam macam tu juga. nak pergi melaka jugaaaaaa =)

happy birthday dira & Hanis !

♥Aisyahumaira♥ said...

salam
dira!

zaza ni :))
awk dtg melaka!!!! best kan?
msti dh g jonker walk kan?
pg mana lg?

Dragonfly said...

Mmm - this all looks very good. I'd love to know what you are saying!! Maybe can you put google translation on your blog for me??? :-)
Have a great weekend!

♥TeE♥ said...

Dira...cutenye Hotel Puri bestnye Melaka..bestnye makanan....Tee last pergi Melaka ialah masa Tee form 3 itu pun rombongan sekolah wakakakakaka...emm..Dira Happy Birthday lagi sekali yea dr Tee...semoga ur life dipenuhi ngan kenangan indah2 and dikeliling oleh org2 yang baik hati jer..ok..muah muah...miss you:)

happyichigo♥ said...

juuu cayang..
kengkadang nak juge merasa hotel yang antik dan lama mcm ni..rasa classic gitu..die nye deco je antik tp dlm bilik hotel, moden mcm biasa, ade aircond, water heater semua..klu deco dlm bilik pun antik, dira takut gak sebenarnye..hihihi

happyichigo♥ said...

hi zaza
malaka menarik tp dira hanya jenjalan bandar melaka je zaza...gi mana2 jalan kaki je..senang!

happyichigo♥ said...

hi dragonfly..
sorry that most of my entries are in my first language, Malay.
I will try to make more entry in english soo so that anyone can read my blog...thank you for your interest!

happyichigo♥ said...

tee zaman budak2 semua org gi melaka kan..hihi..dira pun sama lah...gi taman rama2 lah zoo melaka lah...thanks for the wishes tee...luv u babe!

mYeQa said...

thx iza. eika baru egat nak stay melaka for a day chinese new year neh. taktaw nak pilih hotel mane. takut breakfast n bilik tak best.~~~