Thursday, December 31, 2009

Rainbow waves


Remember my Tsumori Chisato hanky? It was polka dots with neko embroidery. This time, my hanky is colorful..With kani on the rainbow waves! It feels soft on my cheeks!




This entry would be the last entry for the year 2009...Time flies really fast...I hope 2010 will bring more happiness to myself, my family, my friends and to all of you! Happy new year minna!

Monday, December 21, 2009

Athena, Pavilion

Sudah tercatat dalam diary saya, tiap2 akhir tahun bila christmas hampir tiba, saya akan bertemu janji dengan bff saya, hanis untuk berjumpa di pavilion..saje2 hendak menikmati keindahan deco christmas di kuala lumpur! walaupun tiada snow dan panas sepanjang masa, bile dengar sahaja lagu christmas, saya trus rase gembira...rasa panas tu diketepikan, bayangkan snow jatuh atas hidung..terase dingin...waaa...naaak!

Kami ke The Athena, sebuah Mediterranean restaurant yang serba putih dan biru..Bila melangkah masuk ke restaurant tersebut, rasa mcm masuk igloo! Kebetulan pada masa itu ada lunch promo, kami pun cubalah!

Lunch promo di dilengkapi dengan soup of the day, main dish dan dessert. Soup hari ini ialah chicken soup. Selalunya soup di restaurant lain adelah creamy tetapi di sini, soup die jernih mcm sup tulang atau sup ayam orang melayu.. Tapi kelainan soup Mediterranean ni ialah rasa dia masam dan segar sebab ade tomato dalamnya.

Hanis order Pollo Alla Pimentos, chicken marinated pimento sauce served with sauted vegetables and russet potatoes

Saya pula order Mediterranean Fish Fillet, Grilled John Dory seasoned with special spices served with Mashed Potatoes and grilled vegetables. Enak sekali...! Dory nya lembut, panas dan sangat terasa segala spices dia...!

Untuk dessert pula ialah Spicy Strawberry...Curious juga nak tahu spicy apakah ini, rupanya spicy sikit shj...Set lunch ni dalam RM30++ termasuk drink.Sesudah makan saya dan hanis ke gsc menonton movie. Sejak tahu The Princess and the frog masuk wayang Malaysia, saya dah janji dlm hati nak tgk cartoon Disney ni...! Waaah, cartoon disney dari dulu sehingga kini sangat hebat. Dari mula hingga akhir movie saya sangat terpegun melihat warna-warni di big screen, berdegup2 jantung ni...Bila 2 katak berciuman pun jantung berdegup2 jugak...fuuuh! Ada banyak babak2 feveret, tapi paling saya suka ialah masa ade banyak kunang2 menerangi hutan yang gelap...cantik...disney memang magical...! Sesiapa yang dah tgk Princess n frog, babak mana yg paling kamu suka?

Friday, December 11, 2009

Cadbury Warehouse Sales

Gagaggagaga....I woke up so early today just because I want to go to Cadbury Warehouse Sales. great deals!
Went there with my husband around 9.53am and the q was so long...
Not so many selections but I'm still satisfied with what I picked.
Car Park is free...park at the basement.
Dont bring your children..its very crowded and packed..
A lady customer told me the chocolates will get cheaper on the last day.
Here's a few chocolates I bought so you can get the idea on what you can get there!



Dairy Milk Assortment RM6
Bytes RM1.50
Picnic RM6 per packet
Imported Cadbury Bar 200g RM10 (ori price RM17.90)
Time Out Chocettes RM1 per packet
Choclairs RM2
Cadbury Hot Chocolate RM6
Zip (huge box) RM10

I spent RM100 for the chocolates...Gilalah kan, tp share2 ngn family ni tau..I might gain a few kg afterwards! if you see me next time, dont dare to ask, you know where the extra fats come from! Hahhahaha... Klu nak tau pasal sales ni check sini ok...bye!

Monday, December 07, 2009

Anime: Ristorante Paradiso

Semasa saya browse magazine SPOON keluaran August 2009, saya tertarik dgn review anime yg di tayangkan pada summer lepas iaitu Ristorante Paradiso. I love anime about foods, restaurants, and cafes so I can't miss this one! This anime sets in the beautiful and historic Italy, where every buildings look so majestic and the streets are lined with stalls selling fruits, chocolates, gelatos and breads..Sgt menarik!

Anime ni mengenai seorang gadis, Nicoletta yg dtg ke Italy sbb nak cari ibunya yg tinggalkan dia sejak kecik lagi..Ibu die dah kahwin lain dan merahsiakan kewujudan Nicoletta. Nicoletta nak balas dendam kat ibu die ni tp bila die dah smpi kat Italy, die rasa jatuh hati dengan Italy, terus bekerja kat restoran ibu dia, Ristorante Paradiso. So from here, she learn how to cook Italian cuisine dan berkenalan dgn kawan rapat ibu dia..Dalam pada masa yg sama, Nicoletta mempelajari sejarah dan rahsia pembukaan Ristorante Paradiso. Semua kejayaan perlukan kerjasama dan ketekunan walaupun pada mulanya teramat pedih untuk diteruskan. Terus die lupakan dendam terhadap ibu dia dan cube bersyukur dengan hidupnya yg kian bahagia di Italy..

Saya sgt sukeeee tgk cara mereka memasak dan sediakan makanan! Smp terliur saya tau..Jalan cerita anime ni menarik tp slow sikit, maklumlah anime romantik...bile ade scene buat coffee pula, saya mcm terhidu bau harum coffee (^_^).....




A wonderful anime to enjoy alone while sipping ur hot coffee during rainy days! My type of anime...slow and relaxing! Untuk anime ini, saye beri rating 3.5! Ketika tiade connection di rumah, banyak juga anime yg saya tonton!!Itu shj minna...ja ne!

Thursday, December 03, 2009

Hubby accident, alhamdulillah hubby selamat!

Semalam masa saya buka pintu hubby pulang, terkejut betul tgk baju dan seluar berlumpur. Tangan dan muka pula calar-balar. Terus hubby ckp "jom gi klinik, tadi accident" saya pun bergegas teman hubby ke klinik. Dlm perjalanan, hubby cerite mcm ni:

Masa tu sham baru balik dr kerja, trus nak ke summit nak main futsal. Kat USJ tgh bawe motor tiba2 ade org lintas jalan. Sham cube mengelak org tu tp tak sempat, terlanggar sikit la org tu tapi sham jatuh dr motor dan tergolek2..Bila bangun, sham dapati mamat tu tadi dah lari..Dengan kaki yg sakit tu, sham trus kejar mamat tu..Trus die cekut leher org tu dan jerit kat dia "apesal lari?" rupenya mamat tu org nepal, MABUK pulak tu..Padan lah lintas jalan suke hati...Nasib baik time tu ade 2 lelaki india yg kebetulan nampak mamat nepal ni lintas membabi buta. Trus India tu nak tumbuk si Nepal...2 lelaki India tu baik sungguh, dia angkat kan motor sham yg dah patah dan mereka semua gi tempat kerja mamat Nepal kat NST logistic..

Masuk je sham jumpe security company tu, bile security tu nampak je pekerja dia trus lah dia tanya ape jadi? Sham pun cerita la si Nepal tu mabuk dan main lintas je jalan. Apelagi security tu trus je lempang mamat Nepal tu. Security tu pun Orang nepal gak tp senior lah, dia marah lah kan kawan tu...Pastu sham suruh panggilkan HR company tu..Bos die pun dtg lah dan die pun kata die sedia bayar ganti rugi bagi pihak si nepal mabuk tu dan bekerjasama report polis. Settle ngn company si Nepal tu sham dan diorang gi balai polis plak. Si Nepal mabuk tu merayu dan minta maaf lah kat sham tp klu accident kena lah ikut procedure gi report balai polis..Gi lah ke Balai Polis Subang Jaya niii...

Haaa.....bab ni yang saya marah betul ni..masa sham cerite pasal die langgar org mabuk tu , saya mmg geram dekat si nepal tak bertanggungjawab. Dah buat org cedera sbb nak elak dr langgar die, die gi lari selamat kan diri...Meradang saya dgr..Tp saya beribu2 meradang bile dgr org polis kat subang tu biadap ngn sham. Sham tgh cedera, dia suruh sham buat report tulis sendiri. Tangan sham tgh mengeletar tau time tu, tp die kata org yg terlibat dlm accident, org terbabit kene tulis sendiri..Sham dengan otak blank, calar balar lebam sebelah muka ade tanah pun tulis lah kan...pastu polis biadap ni marah sham sbb sham tak tulis dengan terperinci. Dia marah sham tak tulis no plat motor sham. Mana nak tahu, sbb sham tgh blur time tu mestilah die perlu pertolongan org untuk tulis report..Paling senang, polis tu tunjuk kanlah nak tulis mcm ne..Sebelum ni sham pernah accident kat Kelantan tp masa tulis report, polis soal siasat sham dan mereka yg tuliskan.. So semalam sham sedih lah die kata polis tu buat mcm tu..Org nak minta bantuan dia marah2 org yg tgh cedera..Yang sabarkan sham ialah 2 org india tadi tu, dr mula accident smp gi balai polis pun die temankan sham..Sham dah minta phone number diorang supaya sham belanja diorang pas ni...

Masa nak masuk klinik pulak, org balai polis telepon sham, dia suruh sham dtg balai betul kan report sebab sham tersalah tulis tarikh........teruuuuuuuk nye..tp sham kata "tolong betulkan sendiri boleh tak? saya sakit ni...baru nak masuk klinik!"

Tak baik polis buat mcm tu kat sham kan? Saya rasa saya mmg benci polis...

Oh, hubby nye lebam makin besar ni saya dah risau...org suruh gi hospital die tak mau..die kata sikit je...aduhai suami ku, dira sgt risau niiiii....harapnye nye luka2 dan calar2 dan lebam2 sham cpt hilang....Sham sekarang senyap je...mesti die fobia sebab langgar org..Nasib baik hari tu sham aik motor, kalau naik kereta...boleh meninggal org tu tau! Sham asyik ckp kat saya mende nih! Saya sekarang asyik peluk sham kuat2...mlm tadi saya tak dapat tidur sbb sham mengigau je, so saya cube tenangkan die smpi die tidur semula...kesian saya tgk hubby saya.....dira sayangkan sham, alhamdulillah sham selamat!